Ilmu Akhir Zaman



DORIS JONES DIBURU POLIS

September 12, 2014

KOTA KINABALU - Polis sedang memburu seorang wanita tempatan dikenali sebagai Doris Jones bagi membantu siasatan berhubung isu mengenai Sabah keluar dari Malaysia yang menimbulkan suasana kurang senang penduduk di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan yang menjadi jurucakap kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sudah meninggalkan negara ini dan dipercayai ‘bersembunyi’ di Britain.

“Polis cuba menghubungi wanita ini untuk tujuan merakamkan keterangannya, namun gagal dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

“Serahkan kepada polis dan biar kami (polis) jalankan siasatan dulu,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman.

Jalaluddin berkata, usaha memanggil wanita itu akan diteruskan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengesahkan sudah menerima 12 laporan membabitkan isu berkenaan.

“Laporan diterima termasuklah daripada individu dan pihak tertentu yang mahukan polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang sengaja mahu menimbulkan isu ini.

“Setiap laporan dibuat termasuk mereka yang menyokong isu ini akan disiasat merangkumi pelbagai aspek termasuk memanggil pengadu, saksi dan mereka yang terbabit,” katanya.
Menurut Jalaluddin, pihaknya sudah mewujudkan satu pasukan khas dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri ini.

“Pasukan khas ini akan memantau aktiviti dilakukan segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mengadakan perhimpunan secara terbuka dan sebagainya.

“Ini termasuklah bagi menghadapi sebarang perhimpunan dan perarakan haram bakal dilakukan setengah pihak menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya.


Terdahulu, Jalaluddin memberitahu, indeks jenayah di negeri ini sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menurun 359 kes atau 9.10 peratus dengan 3,584 kes berbanding 3,943 kes bagi tempoh sama tahun lalu, lapor Hmetro.



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan