Ilmu Akhir Zaman



Gerhana : 8hb Oktober 2014, bersamaan 14hb Zulhijjah 1435H

Akan terjadi, inshaAllah, fenomena falak yang menarik pada bulan Zulhijjah 1435/Oktober 2014 ini, iaitu gerhana bulan penuh.

Fenomena gerhana ini akan berlaku pada 8hb Oktober 2014, bersamaan dengan malam 14hb Zulhijjah 1435H. Masa berlakunya gerhana seawal jam 17:15j dan akan tamat pada 20:34j. Gerhana Bulan akan hanya dapat kelihatan diseluruh Malaysia ketika waktu maghrib, iaitu terbenamnya Matahari dilangit barat dan timbulnya Bulan Purnama di langit timur.

Fasa  Keterangan Masa (jam)

U1Gerhana  Separa bermula
17:15

U2 Gerhana Penuh bermula
18:25

Max Gerhana Bulan Penuh Maksima
18:55

U3 Gerhana Penuh berakhir
19:24

U4 Gerhana  Separa berakhir
20:34

Kejadian gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh  atau sebahagian Bulan   memasukki bayang Bumi. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas Bumi menyebabkan sebahagian Bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta  mengakibatkan bayang Bumi mengunjur ke angkasa. 

Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Umbra lebih gelap dari penumbra.  Sekiranya ketika Bulan purnama, ia memasukki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh Bulan memasukki umbra, gerhana penuh akan berlaku.

Sekiranya hanya sebahagian Bulan  memasukki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika Bulan hanya memasukki penumbra sahaja, gerhana penumbra yang akan terjadi.

Walau bagaimana pun gerhana Bulan tidak berlaku setiap bulan.  Ini disebabkan satah orbit Bulan condong sebesar 5 darjah berbanding dengan satah orbit Bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya Bulan melalui satah orbit Bumi.

Jangan lepaskan peluang melihat fenomena fenomena yang menarik ini dan bagi umat Islam fenomena ini merupakan diantara tanda-tanda kebesaran Allah, yang Maha Pencipta alam ini. Semua yang ada di alam ini adalah ciptaanNya yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quraan

( Surah Al-Hajj: 18 )

Post a Comment

0 Comments

Ulasan