Ilmu Akhir Zaman



IMBAUAN SEJARAH WANG KERTAS VS EMAS ( TAKTIK PENJAJAH )

Jadi mari kita lihat mengenai taktik penjajah dalam usaha mereka memartabatkan dan menipu rakyat pada zaman dahulu. Sangat licik...

Kalau kita ingat dahulu banyak peperangan, dan peperangan ini memerlukan belanja yang sangat besar. Oleh kerana emas tidak boleh di ulang cetak, maka dengan berlakunya peperangan yang kerap ini menyebabkan stok emas atau simpanan emas mereka ini menjadi berkurangan, dan mereka tidak boleh mengembangkan penguasaan mereka lagi di tanah Melayu ini. Jadi apabila para penjajah ini kehabisan wang emas dan perak mereka kemudiannya cuba beralih kepada pengunaan wang kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh berkhidmat dan bekerja akan tetapi kali ini mereka tidak dibayar dengan emas..tetapi dibayar dengan wang kertas semata-mata.

Wang kertas fiat yang terawal yang digunakan bagi mewakili duit sebenar yakni emas dan perak pada ketika itu ( tahun 1779 ).

Secara ringkasnya dapat diterjemahkan iaitu kepada sesiapa yang memiliki wang kertas ini, kerajaan akan membayar emas yang bernilai 10 dollar kepada si pemegang wang kertas ini. Ini bermakna ianya adalah hanya janji-janji yang dibuat oleh penjajah untuk membayar kembali dalam bentuk emas sekiranya ianya dituntut.

Cuba bayangkan pada ketika itu anda adalah seorang peniaga kedai runcit. Dan kemudian anda mendapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkan kepada wang (yakni emas pada ketika itu). Jadi pada ketika itu, wang kertas ini masih bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Semua matawang dunia pada ketika ini sudah tidak lagi bersandarkan kepada emas. Buktinya? Kita sendiri dapat merasai yang wang kertas yang kita pegang sekarang ini mengalami inflasi yang sangat teruk..nilainya semakin jatuh semakin hari. Oleh kerana wang kertas itu hanya lah kertas bernombor yang bercetak, manusia sendiri boleh memanipulasi akan nilainya dengan sesuka hati mereka. Lain hal nya dengan emas, kerasa emas tidak boleh dicipta dan emas itu sendiri mempunyai nilai sendiri (nilai intrisik). Lihat lah betapa agungnya ciptaan Allah swt bagi melindungi kita dari penindasan sekiranya kita menggunakan emas sebagai matawang.

Okey..kita bebalik kepada kisah penjajah tadi. Adakah rakyat pada ketika itu boleh menerima penggunaan wang kertas ini? Adakah mereka tidak marah? Wang kertas yang mereka terima itu hanyalah merupakan surat2 hutang yang dijanjikan emas sebagai pulangannya sekiranya dituntut. Segala penat lelah mereka hanya dibayar dengan sekeping kertas sahaja..!.

Maka dengan itu, pihak British pun mencantikkan wang kertas mereka.

Rakyat jelata kemudiannya menjadi lebih tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya, penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini adalah permulaan kepada penipuan yang lebih hebat lagi. Ini hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata pada ketika itu.

Maka dengan itu, peperangan pun diteruskan. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya. Masih ingatkah lagi peristiwa British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak British, dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung.

Dengan itu, Jepun mula mencetak wang kertas.

Ini adalah matawang pokok pisang yang dihasil kan oleh pihak Jepun ketika memerintah tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Matawang ini amat dikenali oleh warga2 veteran kita. Tak percaya boleh cuba tanya? Akibatnya, rakyat jelata menjadi amat marah dengan pengenalan matawang baru ini. Apa tidaknya? Mereka langsung tidak menerima sebutir emas pun dalam urus niaga harian mereka.

Bahkan dia hanya menerima wang kertas pokok pisang diatas sahaja. Akan tetapi api kemarahan rakyat jelata pada ketika itu hanya dipendamkan sahaja kerana pada masa itu Jepun memerintah mereka. Mana berani nak membangkang? Silap2 kepala yang bergolek! Jika difikir, penjajah semakin untung kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberi upah kertas2 bernombor ini sahaja.

Lagi satu! Semasa British digulingkan oleh Jepun, wang2 kertas British yang masih disimpan oleh rakyat pada ketika sudah tidak perakui lagi oleh kerajaan Jepun. Maknanya wang kertas British sudah tidak laku lagi!! Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka sudah lah kehilangan emas2 mereka.

Setelah itu, giliran kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. Kemudian, British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak wang kertas yang baru.

Sekali lagi rakyat jelata ditipu hidup2. Wang2 kertas yang terdahulu yang disimpan sudah tidak dapat lagi ditukarkan dengan emas. Malah tidak laku lagi kerana British mengatakan yang kerajaan yang dahulu tidak sama lagi dengan kerajaan British yang sekarang. Walau bagaimanapun wang kertas yang baru ini masih lagi menjanjikan emas kepada mereka sekiranya dituntut.

Setelah Britih memasukkan Borneo ke dalam Malay, wang kertas baru dicetak lagi.

Jadi apa bezanya dengan wang kertas yang baru ini? Wang kertas yang baru ini tidak lagi bersandarkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi dimata rakyat jelata bagi meredakan kemarahan mereka.

Rakyat jelata sudah ditipu oleh penjajah dari satu penipuan ke satu penipuan yang baru. Ini semua bermakna segala tenaga rakyat boleh dikerah tanpa melibatkan sebutir emas pun. Bijak sungguh penjajah.

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persediaan bagi sebarang kemungkinan dari kemarahan rakyat. Oleh itu, mereka sekali lagi mencetak wang kertas..tetapi kali ni mereka meletakkan gambar pemimpin negara kita.

Cerdiknya British, mereka sanggup menukarkan gambar permaisuri mereka dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan penggunaan wang kertas ini di Malaya. Rakyat jelata kebanyakkannya semua amat menghormati para pemimpin mereka. Jadi tiadalah lagi api kemarahan rakyat dengan pihak penjajah. Tetapi tidakkah kita berfikir sejenak? bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap Britih pada ketika itu? Hmm??

Mengikut ceritera orang2 veteran, raja2 Melayu, ulama2, dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak kepada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau2 kecil. Jadinya kuasa2 istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak kepada siapa? Renungkanlah..

Amalan jijik dan jelik masih diteruskan lagi oleh pihak British sehingga ke hari ini. Sekaligus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu. Ini secara tidak langsung, secara halusnya negara kita ini akan meleset dari segi ekonominya kerana secara hakikatnya kita masih lagi dijajah oleh British dari segi ekonomi. Ini semua akibat dari penggunaan wang kertas itu tadi.

Kita dapat lihat sekarang ini peperangan demi peperangan berlaku. Peperangan yang berbekalkan kepada stok emas akan berakhir apabila stok emas mereka habis. Ianya tidak dapat dicetak lagi seperti wang kertas sekarang. Jadi kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi pada hari ini, wang kertas boleh di ulang cetak dengan sesuka hati mereka..dengan itu peperangan dan penindasan akan terus berlaku tanpa had! Inilah agenda licik penjajah untuk memerintah dunia.

Jikalau mengikut perkiraan Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal akan muncul. Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak2 yang sedang bersekolah pada hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dan keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein lagi, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas ini. Satu lagi penipuan secara elektronik akan berlaku! Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis.

Jadi, marilah kita sama2 memartabatkan kembali penggunaan matawang emas dan perak sebagai medium pertukaran kita. Kalau tak boleh sepenuhnya, sedikit demi sedikit lah. Marilah kita kembali kepada dinar ( emas ) dan dirham ( perak ) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba.

Wallahualam...

( C&P - Dikongsikan Oleh TinKosongMalaysia )

Post a Comment

0 Comments

Ulasan