Ilmu Akhir Zaman



TATACARA MENDAFTAR CALLSIGN BARU

Berikut adalah tatacara mendaftar callsign baru, setelah membuat pendaftaran sebagai ahli rasmi Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM.

Kami menggalakkan Rakan Sahabat Baru & Lama Menggunakan “ThunderCats Zello ver. 20.20i”, modifikasi oleh technical-team #Rakan COPS PDRM, sebagai tanda menyokong sebarang aktiviti komuniti selain, perkongsian informasi berkaitan zello ( ketika post ini dibuat ) akan merujuk kepada paparan ThunderCats Zello.

Langkah 1           
Di skrin paparan Zello anda, tekan kekunci “Option” pada smartphone anda, senarai menu suntingan Zello akan dipaparkan.

Langkah 2
Kemudian, tekan menu “Option” yang dipamerkan. ( ThunderCats Zello = “Pilihan” ).

Langkah 3
Kemudian, tekan menu “Account”. ( ThunderCats Zello = “Akaun” ).

Langkah 4
Kemudian, tekan menu “Create Account”. ( ThunderCats Zello = “Cipta Akaun” ).

Langkah 5
Kemudian, tekan menu “New Zello Account”. ( ThunderCats Zello = “Cipta Akaun Baru” ).

Langkah 6
Kemudian, taipkan Format Callsign sepertimana di hantar melalui SMS oleh Tuan Tanah di kotak “Username”. ( ThunderCats Zello = “KataNama” ). Hanya “ RC001|[PDRM]|SiLent_DaD “ a.k.a ( Tuan Tanah ) BERHAK menentukan Nombor Callsign anda.

Untuk tujuan CopyPaste, tekan dan tahan ( Press & Hold ) format berikut. Pilih ( Highlight ) bermula dari “RC” hingga “sign” untuk disalin ( Copy ). Kemudian, beralih ke kotak “Usename” @  ( ThunderCats Zello = “KataNama” ) dan tindihkan ( Paste ). Tukarkan mana yang perlu ditukar mengikut sepertimana didaftarkan.

[[[    Format : RCXXX|[AWAM/PDRM]|Callsign   ]]]

Langkah 7
Kemudian, sila penuhkan semua kotak, TERUTAMA kotak “Email”.
Kenapa ?, Email didaftarkan akan diminta oleh www.zello.com, semasa proses “password recovery” @ “terlupa katalaluan”  untuk PENGESAHAN.
Kemudian, tekan menu “Create”. ( ThunderCats Zello = “Cipta” ).

Langkah 8
Kemudian, taipkan ruang “Profile”. ( ThunderCats Zello = “Profil” ).
AWAS !!!, Elakkan berkongsi maklumat peribadi yang lengkap bagi mengelak aktiviti salahguna oleh pihak TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Atau anda boleh biarkan sahaja tanpa sebarang data.

PENTING : Gunakan Logo Komuniti sebagai “Profile Photo”. ( ThunderCats Zello = “Gambar Profil” ). Sebaiknya, Tekan & Tahan @ Press & Hold gambar logo komuniti sepertimana di tebing paparan utama blog komuniti. Simpan di smartphone. Kemudian isikan gambar di Zello Profile anda.

Langkah 9
Kemudian, sebagaimana sebelum pendaftaran callsign RC dibuat, “Add Channel”. ( ThunderCats Zello = “Tambah Channel” ).

Ø  #Rakan COPS PDRM ( Perkongsian/Hebahan Informasi Jenayah + Berkenalan )
Ø  Lebuhraya Utara-Selatan ( Perkongsian Informasi Trafik Sahaja )

Sepertimana biasa dan selalu kita amalkan, “masuk kandang kambing mmbekkk, masuk kandang lembu mmoookkk”. JANGAN MMBEKKK / MMOOOKKK !!!. Cukuplah sekadar member salam ( muslim ) dan salam sejahtera atau ucap selamat tanda bertandang.

Selamat Datang, Selamat Bergabung dan Selamat BerROJER Rakan2.
“TangoKilo” @ Terima Kasih.

Motto : “ Teruskan Berinformasi untuk Membenteras Jenayah “


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.

Ulasan