Ilmu Akhir Zaman



DUA PEMUDA DITAHAN, 994 BIJI PIL KUDA DIRAMPAS

Besut, 17 April - Polis Besut menahan dua pemuda dipercayai pengedar pil kuda selepas menemui 994 biji pil itu pada mereka di kawasan perumahan di Taman Desa Saujana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata hasil maklumat awam, dua pegawai dan tujuh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pergi ke lokasi dilaporkan dan menahan kedua-dua pemuda berumur 24 tahun itu kira-kira 4.30 petang.

Katanya polis menemui 994 biji pil kuda termasuk sebilah pisau berhulu kayu pada seorang daripada pemuda itu.

"Hasil saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan