Ilmu Akhir Zaman



TIGA LELAKI DITAHAN EDAR DADAH

Alor Gajah, 17 April - Polis menahan tiga lelaki dipercayai
terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan merampas dadah bernilai RM10,000 dalam serbuan di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Abd Rahman Jid berkata dalam serbuan 8.30 malam itu, suspek masing-masing berusia 20, 29 dan 35 tahun ditahan di belakang sebuah rumah kosong di kampung berkenaan.

Beliau berkata polis turut merampas 70 paket lutsinar dipercayai berisi dadah jenis heroin anggaran berat 135 gram dan satu paket lutsinar berisi syabu anggaran berat 0.35 gram serta wang tunai RM700 dipercayai hasil jualan dadah berkenaan.

"Operasi ini hasil maklumat orang awam dan semua lelaki itu amat dikehendaki polis kerana terlibat dalam aktiviti jualan dadah di sekitar kawasan Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap lelaki berusia 35 tahun dari Kuala Sungai Baru yang bekerja di syarikat perkapalan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan merupakan bekas tahanan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985.

Abd Rahman berkata dua lagi lelaki yang merupakan peniaga dan berasal dari Masjid Tanah pula turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya siasatan lanjut mendapati semua lelaki terbabit positif dadah jenis Opiate dan mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.


"Dengan tertangkapnya ketiga-tiga lelaki ini polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah," katanya. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan